Siapa Hasan Mutalib?Dia anak kepada mak dan ayah dia, adik kepada abang dan kakak dia, abang kepada adik-adik dia, suami kepada isteri dia dan ayah kepada anak-anak dia..jawapan yang tepat tapi sengal tahap wajib kena sula!saya tau ramai yang dah kenal ngan Hasan Mutalib..saya bagi clue paling simple; Hantu Kak Limah Balik Rumah..dia adalah pengarah filem yang boleh mengundang gelak tahap tercirit..eh korang tak pernah ek gelak gila-gila sampai tercirit?haha Rusydi pernah (^_^)
Tentu ramai yang berminat or berangan or perasan dia boleh mengarah filem seperti Hasan Mutalib kan?tapi saya rasa Azroy memang dah boleh mengarah filem basah,kompem box office..tapi kepada mereka-mereka yang nak tau tips untuk menjadi pengarah filem yang hebat macam Hasan Mutalib, saya ada tips nya..ini petua takde tipu-tipu tau..saya jujur orangnya..tak caya? sudahlaa
1# Kena sentiasa bawak tisu
Menjadi pengarah memerlukan korang jadi pembeli tisu yang setia..apape tisu pon jadi termasuklah tisu jamban..pastikan dibawa ke set penggambaran..kalo malas nak bawak sendiri sebab malu ngan artis yang bajet retis kerana hanya mampu beli tisu jamban, korang suruh la assistant korang bawa..takpon korang wujudkan satu jawatan, yang kejenya hanya bawa tisu korang..
Kenapa?
Kerana dengan menjadi pengarah, korang secara automatiknya mengaktifkan kelenjar perpeluhan korang..bila dah aktif, mula la peluh keluar mencurah-curah tanpa dapat di tahan-tahan lagi..bila bukak baju, pastikan korang perah baju tu..mungkin air cukup sebaldi..leh peram sebulan, kompem jadi garam..jadi, untuk mengelakkan kejadian sebegini rupa, bawa la tisu dan lap la di tempat-tempat yang sepatutnya..
2# Bekalan air yang melimpah ruah
Saya suka teh ais..erk tetiba..minta maaf ye sebab interframe jap..kata Hasan Mutalib, air mesti cukup..no water, no life..mana taknya, air penting dalam kehidupan manusia tak kira la pengarah ke, pengirih ke, penguruh ke *ada ke pekerjaan cenggini*..takde air mati beb..nak basuh berak pon susah, nak basuh tangan bekas korek hidung pon payah..haku kalo tak bercakap pasal taik memang tak sah..air sangat diperlukan lebih-lebih lagi kalo kita mengarah pelakon baru..yang tak berapa nak baru tu tak memerlukan air yang banyak sebab dah terbiasa..
Kenapa?
Life seorang pengarah hanya sebut tiga perkataan; Light Camera Action..kalo cakap sekali je takpe tapi sebagai pengarah yang memang hobinya cakap benda tu berkali-kali so memang berkali-kali la dia cakap tanpa pernah jemu..pelakon baru yang ngoi lagi la korang kena Light Camera Action berkali-kali kan..kalo yang artis yang memang dah bajet tunggu nak hantar surat perletakan jawatan je tu memang tak perlu nak jerit perkataan tu berkali-kali..so di sini air sangat memainkan peranan yang penting la kan?kering kontang tekak korang nanti, pastu memang pasti sangat yang anak tekak juga akan menggigil cam kena demam malaria tapioka kalo tak cukup air
3# Minyak urut
Pentingkah dalam proses pengarahan?ye!jangan lupe menyediakan minyak urut dalam 5,6 botol walopon first aid kit dah ada..erk gitu ke eja dia?abaikan..pastikan juga minyak urut ni ada berdekatan dengan korang..jangan berjauhan, kelak diri merana..untuk kesan yang lebih mantap, bawak la tukang urut tradisional dari kampung..kesan memuaskan hati..effect extra tak diperlukan lagi dah..tugas pengarahan akan berjalan dengan lancar selancar-lancarnya..
Kenapa?
Proses pengarahan yang berlanjutan dari siang ke malam amat memerlukan kepada minyak urut..kalo dah lenguh-lenguh, cepatla sapu..karang lenguhnya makin melampau..memang seluruh anggota badan, sendi-sendi dan rongga-rongga yang terdapat si sekeliling tubuh korang akan merasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh..jadi kita dah nampak di situ akan kepentingan minyak urut kan?sekali lagi ditekankan di sini, ianya adalah minyak urut..bukan minyak masak, minyak lintah ataupon minyak pengasih..jelas?
=========================================================
Itulah yang sempat dikongsi oleh Hasan Mutalib dalam angan-angan saya tadi..saya terpaksa menjadi pengarah untuk cerita pendek kelas saya..awesome kan?awesome waklu!penat okei dan saya amat-amat memerlukan 3 benda tu sepanjang sesi pengarahan..sekarang ni dah lenguh-lenguh segala sendi sampai lubang idong pon rasa tak bermaya je..shooting la kejenya sekarang..well, director la katakan..esok nak kena gi shoot lagi..napelah kaum adam makin pupus..disebabkan masalah kepupusan tu la saya terpaksa jadi director sebab budak laki director asal tu pun kena berlakon gak..pasni jangan sampai mimpi meracau One Two Three Action dah lah..haru jadinya..
Cik Suha; Blogger Yang Bakal Setaraf Hasan Mutalib
(sesuai tak headline cenggini kalo nak kuarkan kat BlogNews?)
"Blogger is my self, blogging is my life"
p/s : nak petua camne nak dapatkan anak laki..anyone??(^_^)
No comments:
Post a Comment